Pengenalan

Mobiliti global individu yang berkemahiran dan bernilai tinggi kini semakin meningkat. Semakin ramai individu berminat dengan penghijrahan pelaburan sebagai salah satu jalan untuk meluaskan jangkauan dan mengembangkan kepentingan perniagaan mereka. Malta memanfaatkan peluang ini dan menceburi pasaran tersebut didorong oleh prospek bahawa pasaran ini mampu memperkaya modal insan negara dan menarik pemimpin pasaran yang boleh memberikan nilai tambah melalui perkongsian kepintaran perniagaan.

Sehubungan itu, pada tahun 2014, Kerajaan Malta telah mengeluarkan tender untuk reka bentuk dan pelaksanaan kewarganegaraan Malta melalui program pelaburan, yang telah dimenangi oleh Henley & Partners. Program Pelaburan Individu Malta (IIP) menawarkan peluang kewarganegaraan Malta, dan seterusnya Kesatuan Eropah, kepada para pemohon.

Meskipun Malta masih baharu dalam kewarganegaraan melalui sektor pelaburan, namun dalam tempoh hanya empat tahun, Malta telah dianggap sebagai salah satu peneraju dalam program penghijrahan pelaburan di dunia.

Agensi Program Pelaburan Individu Malta

Sejak bulan Mei 2018, IIP telah ditadbir oleh sebuah entiti kerajaan bebas yang memfokuskan operasi kewarganegaraan Malta melalui program pelaburan secara khusus. Agensi Program Pelaburan Individu Malta (MIIPA) bertanggungjawab untuk memproses permohonan, melakukan proses usaha wajar yang terperinci dan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan, mengenai pemberian kewarganegaraan atau sebaliknya.

Malta melaksanakan proses usaha wajar yang diistilahkan oleh industri sebagai proses usaha wajar ‘bertaraf emas’. MIIPA meneliti butiran setiap permohonan dengan rinci, kerana kejayaan program tersebut bergantung pada piawaian pengawalseliaan yang tinggi dan tegas.

Misi dan Matlamat

Misi kami adalah untuk memberikan peluang kepada individu berbakat bagi membina kehidupan yang lebih baik dan lebih selamat untuk keluarga mereka selain menjadi sebahagian ahli komuniti yang mesra dan di negara yang boleh dianggap sebagai tanah air mereka. Kami berazam untuk meletakkan Malta sebagai pilihan utama untuk individu bernilai tinggi yang mencari lebih kebebasan untuk mengembara.

Kami mahu menjadikan Malta sebuah negara yang penting dan terkenal di samping mencipta suatu wadah tumpuan (melting pot) pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan pembiayaan perniagaan yang menyumbang secara positif kepada masyarakat melalui rangsangan perniagaan, peningkatan penciptaan pekerjaan, peningkatan hasil serta penambahan modal insan. Hal ini membolehkan Malta memulakan sesuatu yang baharu melalui pelaburan langsung asing yang inovatif.

Kami berazam untuk terus mendukung tadbir urus yang baik dan ketelusan dalam cara kami mentadbir program. Mengekalkan integriti program kewarganegaraan ekonomi ialah keutamaan kami.

Pasukan Pengurusan

Jonathan Cardona

Jonathan Cardona

Ketua Pegawai Operasi

Program Pelaburan Individu, ini telah membolehkan negara kami menjadi lebih kuat, lebih pelbagai dan lebih terbuka di persada dunia hari ini.

Monica Farrugia

Monica Farrugia

Ketua Pegawai

Kewangan & Operasi

Kita berusaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan sistem kita untuk memastikan bahawa kita dapat mengekalkan program yang boleh dipercayai dan diyakini oleh semua pihak yang berkepentingan.

Ahli Lembaga Pengarah

Pengerusi

– Cik Frances Mifsud

Setiausaha

– En. Ruben Schembri

Ahli

– Cik Sarah Agius
– Cik Nadette Azzopardi
– Dr. Ian Castaldi Paris
– Arkitek Godfrey Vella Bonello

Agensi Program
Pelaburan Individu Malta (MIIPA)

Mediterranean Conference Centre
Old Hospital Street
Valletta, Malta VLT 1645

Telefon: +356 21 225 232
E-mel: info@iip.gov.mt

Site Map
Terms of Use

Print Friendly, PDF & Email