Proses Usaha Wajar

Proses usaha wajar yang dilaksanakan dengan tegas merupakan asas kejayaan kami. Namun kami perlu terus mendukung tadbir urus yang baik dan ketelusan dalam cara kami mentadbir program. Bicara pemikat jualan kami bukan berorientasikan sesiapa sahaja yang mahukan kewarganegaraan Malta, sebuah negara yang muda namun bermaruah ini. Program ini adalah untuk individu yang mengetahui bahawa mereka akan melalui penelitian yang rapi, namun setelah jalan terbuka, semua kelebihan sebagai warga Malta dan juga Eropah akan menjadi milik mereka.

Pengekalan integriti program kewarganegaraan ekonomi merupakan hal yang mandatori. Inilah matlamat dasar setiap warganegara, setiap negara dan setiap pemohon yang memiliki standard moral yang tinggi. Seseorang individu tidak akan berasa tenang atau tidak dapat menjalankan perniagaan dengan baik, sekiranya keselamatan peribadi mereka tercabar. Hal ini bukan sahaja melindungi kami, malah juga pemohon. Permohonan yang tidak dikendalikan dengan betul boleh menjejaskan keseluruhan industri.

Anti Pengubahan Wang Haram

Usaha wajar dalam lingkungan MIIPA merupakan hal yang sangat diambil berat. Semua pekerja di bahagian usaha wajar menghadiri kursus Anti Pengubahan Wang Haram untuk memahami dengan lebih mendalam tentang perkara tersebut. Selain itu, pekerja di bahagian ini mempunyai pengalaman dalam bidang Risiko dan Pematuhan atau Audit.

Matriks Risiko

Proses usaha wajar telah berkembang dengan ketara sepanjang beberapa tahun sebelum ini. Unit Program Pelaburan Individu telah membangunkan sebuah matriks risiko untuk memastikan bahawa setiap permohonan disemak secara menyeluruh dan konsisten, serta keputusan dibuat secara sistematik dan telus. Terdapat tujuh kategori matriks, dan setiap permohonan dikendalikan secara sama rata tanpa sebarang penyelewengan.
  • Pengenalan dan pengesaha
  • Gabungan Perniagaan dan Korporat
  • Individu Terdedah Secara Politik (PEP)
  • Kekayaan
  • Reputasi
  • Hak-ehwal Undang-undang dan Kawal Selia
  • Kesan Relatif terhadap Rangkaian Terdekat Pemohon Utama (MA)

Semua maklumat yang disifatkan perlu untuk pemprosesan dan usaha wajar suatu permohonan adalah diperlukan, dan tiada ruang yang wujud bagi rundingan atau keputusan ad hoc. Butiran pemohon turut diserahkan kepada Unit Analisis dan Risikan Kewangan (FIAU) untuk tujuan ketelusan penuh.

Keputusan dalam lingkungan MIIPA, didokumentasikan dan disokong dengan kewajaran yang perlu, ditandatangani oleh orang yang bertanggungjawab, untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Pengawal Selia Bebas

Untuk mengelakkan kesilapan dalam keseluruhan proses, terdapat pengawal selia yang akan menyemak semua permohonan bagi memastikan tatacara dipatuhi dengan betul. Pengawal selia ini dilantik oleh pihak kerajaan selepas berunding dengan parti pembangkang. Pengawal selia menyediakan laporan yang kemudiannya dibentangkan kepada jawatankuasa pemantauan yang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri yang bertanggungjawab tentang Kewarganegaraan dan Pemimpin Pembangkang.

Agensi Program
Pelaburan Individu Malta (MIIPA)

Mediterranean Conference Centre
Old Hospital Street
Valletta, Malta VLT 1645

Telefon: +356 21 225 232
E-mel: info@iip.gov.mt

Site Map
Terms of Use

Print Friendly, PDF & Email