Program Pelaburan Individu

Tujuan Program Pelaburan Individu Malta adalah untuk membawa Malta ke mata dunia, memperluas jangkauan kami dan menarik individu yang bukan sekadar bersedia untuk melabur, malah juga yakin dengan negara kami; sebuah negara pulau yang kecil dengan potensi yang hebat.

Menarik Bakat dan Pelaburan Yang Boleh Dipercayai

Sejak Program Pelaburan Individu kami dilancarkan, penerimaannya amatlah memberangsangkan. Program tersebut telah menarik minat dunia luar terhadap pasaran kami. Minat pelabur berada pada aras tertinggi dan idea tentang kerjasama rakan kongsi dua hala semakin berkembang. Salah satu faktor penyumbang kejayaan Malta ialah, usaha sama tersebut bukanlah untuk menjana keuntungan semata-mata, tetapi untuk menarik bakat luar biasa yang akan memanfaatkan lagi ekonomi negara.

Faktor sosial dan ekonomi ini telah mengubah profil kepulauan Malta dengan menarik golongan intelektual berkualiti tinggi serta modal kewangan melalui IIP. Kami sudah dapat memanfaatkan pelaburan yang dijana secara langsung daripada program, dan ini telah membolehkan kami menangani pelbagai isu yang telah lama dihadapi oleh negara namun masih belum dapat diselesaikan selama ini.

Walau bagaimanapun, terdapat suatu realiti di sebalik IIP yang tidak dinyatakan. Kemewahan di sebalik program Malta tersebut bukanlah bersifat kewangan. Program tersebut menarik banyak keluarga untuk menjadi warganegara Malta, bukan untuk mencari kekayaan semata-mata tetapi mahu menjadi sebahagian daripada negara lain untuk menyumbang kepada negara yang sememangnya sudah sedia kaya dengan kepelbagaian, melalui hubungan kebudayaan dan peribadi.

Malta

Negara yang Berkembang Maju

Malta ialah permata Mediterranean yang mengagumkan, unik dari segi budaya dan keramahan penduduknya, menjadikan pulau ini sebagai pilihan yang tepat untuk para pelabur dan ekspatriat yang sedang mencari tapak di sebuah negara yang stabil dan selamat serta mempunyai peluang perniagaan yang berterusan.

Agensi Program
Pelaburan Individu Malta (MIIPA)

Mediterranean Conference Centre
Old Hospital Street
Valletta, Malta VLT 1645

Telefon: +356 21 225 232
E-mel: info@iip.gov.mt

Site Map
Terms of Use

Print Friendly, PDF & Email