Program Pelaburan Individu

Ketidakstabilan sosioekonomi dan politik yang dihadapi di negara asal, menyebabkan semakin ramai individu kaya meninjau prospek penghijrahan pelaburan sebagai satu peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di persekitaran yang lebih stabil bagi diri mereka dan ahli keluarga mereka. Pada hari ini, semakin ramai individu bernilai tinggi yang mempertimbangkan secara serius untuk melakukan penghijrahan pelaburan bagi mengembangkan kepentingan perniagaan mereka.

Hal ini telah mencipta satu peluang ekonomi untuk kewarganegaraan melalui program pelaburan. Negara seperti Malta, telah mengambil peluang ini, dan menarik begitu banyak bakat dan kemakmuran ekonomi.

Walaupun hal ini menguntungkan kedua-dua pihak, namun program ini turut menerima kritikan yang hebat. Apabila Malta memulakan Program Pelaburan Individu, terdapat kritikan yang menyatakan bahawa program ini dilihat hanya sebagai pengkomersialan kewarganegaraan, tetapi bagi Malta, program ini mempunyai maksud yang lebih mendalam. Kami menyahut cabaran ni sebagai satu peluang, dengan mencipta sebuah program yang bertujuan membawa Malta ke mata dunia, memperluas jangkauan kami dan membawa masuk individu yang bukan sekadar bersedia untuk melabur di Malta, tetapi meyakini potensi kami walaupun kami hanya sebuah negara pulau yang kecil.

Kriteria Kelayakan

Untuk layak memperoleh kewarganegaraan Malta di bawah Program Pelaburan Individu republik Malta, pemohon mesti:

  • menyumbang sebanyak €650 000 kepada Kerajaan Malta, didepositkan ke dalam Dana Sosial dan Pembangunan Negara;
  • memajak harta di Malta bernilai minimum €16 000 setahun, atau membeli harta bernilai minimum €350 000; danand
  • peroleh Bon Kerajaan atau bon/ sekuriti yang tersenarai di Bursa Saham Malta bernilai €150 000.

Harta dan bon/ sekuriti mesti dipegang oleh pemohon utama untuk tempoh minimum lima (5) tahun.

Pengawal Selia Bebas

Program Pelaburan Individu berada di bawah pengawasan berterusan oleh Pengawal Selia – sebuah badan bebas yang mengawal program dan memastikan bahawa proses serta tatacara yang betul sentiasa dilaksanakan dengan ketat dalam semua aspek operasi Agensi tersebut.

Pengawal Selia dilantik oleh Perdana Menteri selepas rundingan bersama dengan Pemimpin Pembangkang, mempunyai hak akses penuh kepada semua maklumat atau dokumen Program Pelaburan Individu, seperti yang diperlukan, tanpa sebarang pengecualian dan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, kuasa Pengawal Selia merangkumi penyiasatan terhadap aduan tentang Program Pelaburan Individu seperti yang dijelaskan di bawah Akta Kewarganegaraan Malta, dan hasil penyiasatan dikemukakan kepada Menteri yang bertanggungjawab mengenai Kewarganegaraan, untuk pertimbangan beliau.

Pengawal Selia membentangkan laporan tahunan kepada Dewan Rakyat (House of Representatives), mengetengahkan perkara yang telah dijalankan sepanjang 12 bulan yang terdahulu dan mengemukakan cadangan untuk menambah baik program. Laporan tersebut hendaklah dibincangkan terlebih dahulu semasa perjumpaan jawatankuasa pemantauan dwipartisan yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada Perdana Menteri, Pemimpin Pembangkang dan Menteri yang bertanggungjawab untuk Kewarganegaraan. Laporan terkini telah diterbitkan pada tahun 2018.

Notis Undang-undang

Program Pelaburan Individu Republik Malta dikawal selia oleh Akta Kewarganegaraan Malta CAP 188 (Maltese Citizenship Act (CAP. 188)) dan Peraturan Program Pelaburan Individu Republik Malta 2014 (L.N. 47, 2014) (Individual Investor Programme of the Republic of Malta Regulations, 2014 (L.N. 47 of 2014))..

Pemohon yang berjaya, yang memenuhi semua kriteria diperlukan, dianugerahi kewarganegaraan melalui sijil pewarganegaraan untuk pemohon dan keluarga mereka sebagai balasan atas sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi Malta, seperti yang ditetapkan oleh peraturan ini.

Proses Permohonan

Seseorang mudah mengambil jalan singkat dan berpuas hati dalam melakukan sesuatu perkara, tetapi sikap yang demikian tidak sesuai dengan wawasan dan cita-cita negara tentang program tersebut. Malta menerima guna proses usaha wajar yang ketat untuk memastikan bahawa hanya pemohon yang bereputasi baik diterima bagi program kewarganegaraannya yang eksklusif. Pengalaman telah menunjukkan bahawa kebanyakan pemohon bukanlah merupakan individu yang mengejar perhatian dan kemasyhuran. Mereka ialah individu yang berjaya disebabkan oleh usaha dan kerja keras mereka sendiri dan mempunyai rangkaian global yang kukuh.

Proses permohonan untuk memperoleh Kewarganegaraan Malta adalah sangat ketat; mengambil masa selama 12 bulan untuk diselesaikan. Proses bermula dengan penyerahan Permohonan e-Kediaman dan berakhir dengan pengeluaran sijil pewarganegaraan. Sepanjang proses tersebut, Agensi Program Pelaburan Individu Malta mempertimbangkan dengan sewajarnya setiap unsur dalam proses permohonan, khususnya tentang usaha wajar. Pasukan usaha wajar adalah sangat teliti tentang soalan yang diajukan dan mendalaminya secara rinci.

Proses Usaha Wajar

Proses usaha wajar yang telah dibentuk dan diterima guna oleh Program Pelaburan Individu Malta (MIIPA) telah meraih beberapa ulasan positif di peringkat antarabangsa. Ini merupakan hasil pendekatan keterbukaan dan pembangunan proses dalaman yang berterusan untuk memastikan bahawa pemohon yang berwibawa sahaja yang berjaya dalam program tersebut. Program tersebut lebih mementingkan kualiti dan tarikan minat bakat yang mampu menambahkan nilai negara, berbanding angka yang terlibat.

Agensi Program
Pelaburan Individu Malta (MIIPA)

Mediterranean Conference Centre
Old Hospital Street
Valletta, Malta VLT 1645

Telefon: +356 21 225 232
E-mel: info@iip.gov.mt

Site Map
Terms of Use

Print Friendly, PDF & Email