Ibu negeri

Valletta

Populasi

Kawasan

Ketua Negara

Marie-Louise Coleiro Preca

Ketua Kerajaan

Joseph Muscat

Agama

Kebanyakannya Roman Katolik (88.6%)

Mata Wang

euro

%

Pertumbuhan KDNK Sebenar

Kedudukan Kredit

Standard & Poor’s A-/A-2 (positif)
Moody’s A3 (positif)
Fitch A+ (stabil)
DBRS A (tinggi) (stabil)

%

Kadar Pengangguran

Mengapakah Memilih Malta?

 

Fakta: Malta merupakan salah satu ekonomi yang paling stabil dan kukuh dalam Kesatuan Eropah dan Zon Euro.

Fakta: Suruhanjaya Eropah sekali lagi menjangkakan bahawa Malta akan menjadi sebuah ekonomi yang paling pesat membangun di Eropah pada tahun ini.

Fakta: Paras penganggurannya antara yang tiga terendah di Eropah, mengatasi rekod terendah sepanjang masa untuk tiga tahun berturut-turut.

Fakta: Cukai untuk rakyat Malta telah mengalami pemotongan selama lima tahun berturut-turut.

Fakta: Malta telah merekodkan lebihan fiskal untuk dua tahun berturut-turut, dan nisbah hutang terhadap KDNK telah menurun daripada lebih 70% kepada sekitar 50% dalam tempoh 5 tahun.

Fakta: Malta telah berulang kali menjadi salah sebuah destinasi penempatan semula terbaik di dunia, berdasarkan peluang gaya hidup, perniagaan dan pekerjaan yang ditawarkan.

Fakta: Malta menyediakan penjagaan kesihatan percuma sejagat, yang diperakui oleh WHO sebagai yang terbaik di dunia, penjagaan kanak-kanak percuma sejagat, salah satu daripada beberapa buah negara yang menyediakannya, dan pendidikan percuma sejagat untuk semua warganegaranya. Sebenarnya, kami membayar elaun kepada para pelajar universiti kami.

Fakta: Malta merupakan harapan bagi isu berkaitan kebebasan awam. Pada bulan Jun 2017, Malta telah melakar sejarah dengan memperkenalkan bil kesamaan perkahwinan yang telah memperluaskan hak kepada pasangan LGBTIQ. Perkara ini bersekali dengan perundangan lanjutan hak golongan trans telah meletakkan Malta terhadapan berhubung isu yang berkenaan.

Fakta: Kepelbagaian yang meluas dalam ekonomi Malta merangkumi aktiviti yang terdiri daripada pengeluaran mikrocip kepada perkhidmatan kewangan, daripada percetakan mata wang yang khusus kepada perjudian digital, daripada pelancongan kepada perniagaan berkaitan blok rantai, dan Malta merupakan negara yang pertama di dunia mengawal selia sektor ini.

Sejarah Yang Unggul

Malta merupakan negara kecil yang dinamik, kaya dengan tradisi, mempunyai sejarah perdagangan dan jangkauan yang telah bermula seawal tamadun 5000 sebelum Masihi, sebagai sebuah kubu kuat di bawah jajahan orang Rom, orang Arab, orang Norman, orang Perancis, Kesatria St. John, orang British, dan akhirnya muncul sebagai sebuah Negara yang merdeka. Pengaruh pemerintah asing yang berpanjangan telah menjadikan Malta kaya dengan warisan, termasuk ibu negara Valetta yang selain telah memperoleh status warisan dunia UNESCO pada tahun 1981, turut dinobatkan sebagai Bandar Kebudayaan Eropah untuk tahun 2018.

Negara ini memiliki kekayaan khazanah seni bina yang berusia berabad lamanya, merangkumi Kuil Ġgantija di Gozo sehingga ke Mosta Dome; lorong-lorong zaman pertengahan di Ċittadella serta keindahan Baroque di Mdina; daripada keindahan gaya klasik kurun ke-18 di Taman Barraka ke deretan bangunan Parlimen baharu penuh inspirasi yang direka bentuk oleh Renzo Piano.

Melabur di Malta

Dalam dunia perniagaan dan perdagangan, Malta merupakan Negara Ahli EU terkecil yang diiktiraf sebagai negara yang kian bersinar kerana telah berjaya mengatasi pergolakan global dan menjadi salah satu ekonomi yang berkembang pesat di Eropah. Pada hakikatnya, perkembangan reputasi Malta sebagai salah sebuah negara terbaik untuk menjalankan perniagaan, berpunca daripada rejim cukai kompetitif dan sistem undang-undang yang matang, selain mempunyai kos operasi yang rendah, dan juga tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, serba boleh, serta fasih berbahasa Inggeris.

Namun begitu, prestasi ekonomi Malta yang teguh juga turut disumbangkan oleh pendirian kerajaannya yang properniagaan, seterusnya merangsang keadaan yang menggalakkan pelaburan langsung asing tertarik ke Malta.

Sepanjang beberapa dekad lalu, ekonomi Malta telah mempelbagaikan dengan baik industri pengilangan dan perkhidmatan atasannya melalui perundangan wajar, menjadikan Malta satu bidang kuasa kewangan yang kukuh, sebuah destinasi pelancong yang popular serta hab untuk industri ICT, blok rantai dan perjudian. Pastinya langkah-langkah kerajaan yang mesra pertumbuhan, ditambah dengan dasar fiskal yang kukuh, telah mewujudkan sebuah ekonomi yang berkembang maju. Menurut ramalan EU yang terkini, ekonomi Malta dijangka kekal berada atas nilai purata EU daripada segi pertumbuhan, perlindungan lebihan kewangan awam dan rekod pengangguran yang rendah.

Kedudukan Malta di persada antarabangsa yang dilihat sebagai sebuah negara kecil lagi unik dan menjadi pilihan kerana kedudukan geografi dan budayanya, mampu merapatkan jurang antara Eropah dengan benua yang lain, terutamanya dunia Arab dan Maghreb.

Agensi Program
Pelaburan Individu Malta (MIIPA)

Mediterranean Conference Centre
Old Hospital Street
Valletta, Malta VLT 1645

Telefon: +356 21 225 232
E-mel: info@iip.gov.mt

Site Map
Terms of Use

Print Friendly, PDF & Email